Tiffany (Girls Generation) Diberi Peluang Interviu Tom Cruise - K Pop | mStar

Tiffany (Girls Generation) Diberi Peluang Interviu Tom Cruise

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 12:30 AM

Tiffany bakal menemubual aktor Hollywood, Tom Cruise.

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Girls Generation iaitu Tiffany diberi peluang untuk mewawancara bintang terkenal Hollywood, Tom Cruise yang bakal berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.

Allkpop melaporkan, Tiffany bakal bertemu dengan Tom menerusi program temubual Entertainment Relay bagi mempromosikan filem terbaharunya, Mission Impossible: Rogue Nation.

Menurut wakil KBS, kepercayaan tersebut diberikan kepada penyanyi itu ekoran kebolehannya berbahasa Inggeris dengan baik.

Tom Cruise.

"Ini bukan kali pertama Tiffany menemubual bintang Hollywood kerana sebelum ini dia pernah mewawancara Brad Pitt dan Tom Hiddleston.

"Selain kebolehannya berbahasa Inggeris dengan baik bakatnya sebagai pengacara juga cukup menyerlah terutamanya menerusi program Heart-A-Tag.

Temubual istimewa bersama Tom Cruise itu akan disiarkan pada 1 Ogos ini.
Tags / Kata Kunci: Tiffany , Girls Generation , Tom Cruise.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan