Girl's Day Dikritik Bersikap Kurang Sopan Dalam Wawancara TV

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 12:15 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Girl's Day dikritik oleh penonton kerana perilaku yang tidak sopan ketika sesi temuramah dalam sebuah program televisyen berjudul Koon TV.

Dalam program rakaman itu, anggota kumpulan tersebut iaitu Sojin, Yura, Minah dan Hyeri dianggap tidak memberi reaksi yang baik kepada pengacara untuk meneruskan wawancara.

Mereka sering bercakap sesama sendiri dan tidak menghormati pertanyaan pengacara program tersebut.

Perkara tersebut juga menyebabkan pihak stesen televisyen AfreecaTV mengambil keputusan memadam episod khas kumpulan tersebut daripada laman web mereka.

Sehingga kini tiada sebarang wakil agensi yang mengeluarkan kenyataan rasmi terhadap kecaman tersebut.

Tags / Kata Kunci: Girl's Day

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan