Girl's Day Tidak Akan Pakai Baju Renang Ketika Persembahan - K Pop | mStar

Girl's Day Tidak Akan Pakai Baju Renang Ketika Persembahan

Diterbitkan: Ahad, 5 Julai 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Girl's Day tidak akan tampil melakukan persembahan di atas panggung dengan menggunakan baju renang seperti dalam muzik video lagu baharu mereka Ring My Bell.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pihak pengurusan mereka iaitu DreamT bahawa ia hanya untuk menepati tema musim panas pada muzik video tersebut.

"Girl's Day tidak akan menggunakan baju renang seperti yang dilihat dalam muzik video Ring My Bell ketika membuat persembahan di pentas atau di televisyen.

"Kostum itu hanya di muzik video sahaja berikutan konsep muzik video tersebut adalah musim panas," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan ini akan memulakan aktiviti promosi mereka menerusi showcase yang berlangsung pada 7 Julai ini.

Tags / Kata Kunci: Girl's Day
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan