Lee Min Ho Terima Banyak Hadiah Sempena Hari Jadi

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 12:30 AM

Lee Min Ho

(Ubah saiz teks)

AKTOR Lee Min Ho yang menyambut hari lahirnya yang ke 29 tahun pada Isnin lalu tidak putus-putus menerima ucapan daripada peminatnya dari seluruh dunia sehingga namanya menjadi trending di Twitter.

Menurut laporan Soompi, sebagai balasan, Min Ho meluahkan rasa terharu dan terima kasih atas ucapan tersebut.

Malah lebih membuatkan aktor itu terharu apabila dia menerima banyak hadiah yang dihantar ke pejabat agensinya.

"Terima kasih. Anda membuatkan saya terharu," katanya.

Menurut sumber, Min Ho begitu tekun membaca satu persatu mesej-mesej peminatnya dan menyimpan kad-kad ucapan tersebut di dalam satu kotak khas.

Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan