Album 'EXODUS' EXO Cipta Sejarah Jualan Tertinggi

Diterbitkan: Selasa, 23 Jun 2015 12:01 AM

Kumpulan EXO mencipta sejarah apabila album terbaharu mereka berjaya terjual sebanyak satu juta salinan hanya dalam masa dua bulan.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN K-Pop terkenal EXO mengukir sejarah apabila album terbaharu mereka terjual sebanyak sejuta juta salinan hanya dalam masa dua bulan di Korea.

Korea Herald melaporkan rekod berkenaan tidak pernah dicapai oleh mana-mana artis K-Pop di negara itu dan EXO adalah artis pertama berjaya berbuat demikian.

Album EXODUS dan edisi terhad Love Me Right mencatatkan penjualan membanggakan iaitu sebanyak 1,125,020 juta salinan.

EXO yang dianggotai oleh sembilan ahli sebelum ini pernah mencatat penjualan album melebihi satu juta menerusi album XOXO.

Tags / Kata Kunci: EXO.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan