Mayat Jung In Ah Ditemui Dalam Keadaan Hancur

Diterbitkan: Sabtu, 20 Jun 2015 12:20 AM

Jung In Ah sempat memuat naik gambarnya sebelum memulakan aktiviti 'skydiving' untuk tatapan peminat.

(Ubah saiz teks)

MAYAT pelakon dan model Jung In Ah yang hilang sejak 13 Jun lalu selepas melakukan aktiviti payung terjun di daerah Goheung, Selatan Jeolla, Korea akhirnya ditemui.

Allkpop melaporkan, mayat aktres berusia 35 tahun itu ditemui pasukan penyelamat tiga hari kemudian bersama payung terjunnya yang terapung di perairan pantai berhampiran.

In Ah atau nama sebenarnya Jung Hye Young dilaporkan menghadapi kesulitan sebelum gagal membuat pendaratan dengan baik ditambah faktor cuaca yang agak buruk ketika kejadian.

In Ah memang menggemari aktiviti lasak.

Media turut melaporkan keadaan mayat penyanyi itu berada dalam keadaan hancur ketika ditemui.

Ini bukan kali pertama In Ah melakukan aktiviti berkenaan kerana sejak setahun lalu dia aktif dalam sukan payung terjun selain sering berkongsi gambarnya bersama peminat.

Selain lakonan dan peragaan, pelakon itu turut dikenali sebagai pengajar yoga dan pilates selain mempunyai latar belakang pendidikan membanggakan dari Universiti Kebangsaan Seoul.

Tags / Kata Kunci: Jung In Ah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan