Choi Jin Hyuk Cedera Jalani Latihan Tentera

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 12:30 AM

Choi Jin Hyuk

(Ubah saiz teks)

PELAKON Choi Jin Hyuk dilaporkan mengalami kecederaan semasa berada dalam kem tentera  yang disertainya.

Menurut laporan allkpop, agensi Choi Jin Hyuk, Red Brick House memaklumkan bahawa dia cedera di bahagian lutut pada Selasa.

"Sewaktu berada dalam sesi latihan, Choi Jin Hyuk mengalami kecederaan di bahagian lutut.

"Lututnya masih belum sembuh dan bertambah buruk serta menjadi semakin parah," kata agensinya.

Selain itu, agensi Choi Jin Hyuk berkata mereka akan mengawasi keadaan pelakon itu dan mengharapkan dia pulih secepat mungkin.

Terdahulu, Choi Jin Hyuk menjalani latihan ketenteraan sejak bulan Mac lalu.
Tags / Kata Kunci: Choi Jin Hyuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan