Seo In Young Ketagih Kumpul Kasut

Diterbitkan: Ahad, 14 Jun 2015 12:30 AM

Seo In Young mengakui ketagih mengumpul kasut.

(Ubah saiz teks)

PELAKON dan penyanyi Seo In Young mendedahkan dia gemar membeli kasut sehingga tanpa disedari ia menjadi ketagihan kepada dirinya.

Allkpop melaporkan In Young mempunyai lebih 300 pasang kasut dalam koleksinya yang dikumpul sejak tiga tahun lalu.

In Young membuat pendedahan itu ketika muncul dalam program Cultwo Show baru-baru ini.

Aktres itu memberitahu biarpun pernah menjual dan menderma sebahagian kasutnya namun koleksinya masih banyak dalam simpanannya.

"Ingatkan saya hanya ada 100 pasang kasut sahaja tetapi rupa-rupanya 300 dan ada sebahagiannya saya sudah derma dan jual," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Seo In Young.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan