Tinggalkan EXO, Tao Buka Agensi Pengurusan Di China

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 12:06 AM

Tao

(Ubah saiz teks)

PADA 11 Jun lalu, Tao secara rasmi menubuhkan agensi miliknya di China iaitu Huang Z. Tao Studio bagi menguruskan kerjaya solonya di negara itu.

Menurut laporan Soompi, berita tersebut sekali gus memberi kesimpulan bahawa Tao atau nama sebenarnya Huang Zitao sudah keluar daripada kumpulannya, EXO.

Bagaimanapun sehingga kini pihak agensinya iaitu SM Entertainment belum memberi komen berhubung perkara itu.

Ketiadaannya sebagai ahli EXO mula dihidu apabila dia sudah tidak terlibat dengan beberapa promosi single baharu Call Me Baby.

Malah Tao juga tidak hadir pada pelancaran album Love Me Right (pakej semula).

Namun, agensinya memberi penjelasan, Tao tidak terlibat dengan promosi berkenaan kerana mengalami kecederaan di pergelangan tangan dan harus dirawat di Amerika Syarikat.

Tags / Kata Kunci: Tao

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan