Won Bin Bakal Dapat Untung RM6.4 Juta Pelaburan Hartanah

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 12:05 AM

(Ubah saiz teks)

PELAKON Won Bin bakal menerima keuntangan sebanyak RM6.4 juta hasil daripada pelaburan hartanah yang dilakukakannya kurang dari setahun.

Menurut laporan Soompi, Won Bin mempunyai dua bangunan di Seoul yang terletak di Seongsoo-dong dan Samseong-dong.

Kedua-dua bangunan tersebut bernilai RM15 juta sewaktu dibeli dan meningkat naik sehingga mececah RM21 juta ketika ini.

Pengarah Institut Penyelidikan Hartanah, Park Jong Bok berkata Won Bin mungkin menerima nasihat dari pakar hartanah sebelum melaburkan duit.

"Memandangkan dia mempunyai keuntungan yang besar ketika ini, saya percaya dia menerima nasihat dari perancang hartanah yang bagus.

"Jika dia tidak menerima nasihat dari sesiapa bermakana dia seorang yang bijak membuat keputusan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Won Bin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan