Nichkhun (2PM) & Tiffany (Girls Generation) Berpisah

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 12:30 AM

Tiffany dan Nichkhun berpisah.

(Ubah saiz teks)

PASANGAN popular Nichkhun (2PM) dan Tiffany (Girls Generation) dilaporkan telah berpisah dan berita berkenaan turut disahkan oleh agensi masing-masing.

Soompi melaporkan, JYP Entertainment yang mewakili Nichkhun memaklumkan mereka berdua sudah tidak mempunyai sebarang ikatan namun enggan mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut.

"Memang benar mereka sudah berpisah namun kami tidak boleh menyatakan kenapa perkara itu terjadi kerana ia peribadi.

Nichkun kini sibuk untuk kemunculan semula 2PM," katanya.

SM Entertainment yang mewakili Tiffany turut mengesahkan perkara sama.

Terdahulu, Nichkun dan Tiffany mula menjalinkan hubungan cinta sejak Januari tahun lalu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan