Kumpulan Exo Dipercayai Gugurkan Tao

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 12:02 AM

Kumpulan Exo kini tampil sembilan orang.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Exo dikatakan muncul dengan sembilan orang anggota selepas melancarkan sebuah album baru bertajuk Love Me Right.

Menurut laporan Soompi, salah seorang anggota Exo, Tao tidak kelihatan didalam poster terbaharu kumpulan tersebut dan dipercayai telah digugurkan.

"Gambar didalam poster album cuma mempunyai sembilan anggota kumpulan Exo, mereka semua menggunakan pakaian seragam American Football," kata sumber.

Tao

Terdahulu Tao dilaporkan berlepas ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran dan mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan sewaktu melakukan persembahan bersama kumpulan itu.

Tao juga dikatakan memadam nama Exo dalam media sosialnya namun sehingga kini pihak pengurusannya tidak memaklumkan status sebenar Tao di dalam kumpulan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Exo , Tao

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan