Ji Chang Wook Dikaitkan Dengan Bekas Ratu Cantik Korea - K Pop | mStar

Ji Chang Wook Dikaitkan Dengan Bekas Ratu Cantik Korea

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 12:30 AM

Ji Chang Wook menerusi pihak pengurusannya menyangkal dakwaan dia kini sedang bercinta dengan bekas ratu cantik Korea, Kim Joo Ri.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Ji Chang Wook menjadi perhatian peminatnya apabila dia dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas pemenang ratu cantik Korea 2009 iaitu Kim Joo Ri.

Allkpop melaporkan pasangan itu dikhabarkan sudah bersama sebagai kekasih sejak beberapa bulan lalu namun mereka tidak pernah membuka mulut membicarkan soal berkenaan.

Tambah menguatkan lagi gosip berkenaan, pasangan itu dilihat mengenakan rantai yang sama dipercayai simbolik kepada percintaan mereka.

Kim Joo Ri

Bagaimanapun, pihak pengurusan Chang Wook, Glorious Entertainment dalam satu kenyataan menyangkal tuduhan tersebut dan menegaskan mereka tidak pernah bercinta dan hanya sekadar teman biasa.

"Mereka tidak bercinta cuma sekadar rakan biasa sahaja dan rantai dipakai Chang Wook itu adalah pemberian peminatnya dari China.

"Persamaan rantai Chang Wook dan Joo Ri mungkin kebetulan yang tidak disengajakan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ji Chang Wook , Kim Joo Ri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan