YoonA (Girls Generation) Tegur Pengurus Marah Peminat

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 12:31 AM

YoonA bertindak menegur pengurusnya kerana lelaki berkenaan meninggikan suara terhadap peminatnya.

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Girls Generation iaitu YoonA bertindak memukul bahu pengurusnya selepas pemuda itu meninggikan suara kepada peminat yang menunggunya di Lapangan Terbang Hang Zhou, China baru-baru ini.

Soompi melaporkan, kejadian itu berlaku di tempat bahagian letak kereta dan mereka dikelilingi oleh peminat yang menantikan kehadiran YoonA.

YoonA yang pada awalnya melambaikan tangan kepada peminatnya kemudian diserbu sebelum pengurusnya cuba menghalang daripada dia didekati.

Lelaki itu juga turut melarang peminat daripada mengambil gambarnya sebelum menjerit ke arah peminat sehingga penyanyi itu menegur tindakan pengurus itu.

Peminat yang sempat merakamkan adegan itu memuat naik video berdurasi 17 saat di YouTube dan ia menjadi viral di media sosial.
Tags / Kata Kunci: YoonA , Girls Generation.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan