Kim Hyun Joong Kasari Bekas Kekasih Hingga Keguguran

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 12:31 AM

Kim Hyun Joong didakwa atas tuduhan mencederakan bekas teman wanitanya tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

BEKAS teman wanita pelakon Kim Hyun Joong dilaporkan mengalami keguguran pada tahun lalu selepas dikasari lelaki berkenaan.

Allkpop melaporkan perkara itu terdedah selepas kandungan mesej dihantar wanita berkenaan kepada Hyun Joong tersebar baru-baru ini.

Ia adalah antara bahan bukti yang dibakal digunakan untuk kes saman terhadap pelakon itu selepas wanita yang dikenali sebagai Miss Choi mendakwa dibelasah bekas teman lelakinya itu pada tahun lalu.

Menurut mesej itu lagi, Hyun Joong mengetahui wanita berkenaan sedang hamil dan pernah meminta dia mengugurkan kandungannya itu.

Hyun Joong muncul di Balai Polis Gangnam pada September tahun lalu untuk memberi kenyataan berhubung dakwaan wanita berkenaan.


"Awak membelasah saya tidak cukup untuk membuatkan saya mati, tetapi tendangan berkali-kali di perut saya telah menyebabkan kandungan saya gugur," antara mesej yang dihantar kepada Hyun Joong.

Wanita itu bagaimanapun mendedahkan dia tidak pernah membangkitkan tentang kandungannya itu kerana berasa malu mengandung sebelum kahwin.

Bagaimanapun pihak peguam bela wanita berkenaan enggan mengulas mengenai kebocoran maklumat tersebut dan kes itu akan disebut di mahkamah pada Jun depan.
Tags / Kata Kunci: Kim Hyun Joong.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan