Gong Hyo Jin Bengang Sering Terima Komen Lucah Di Instagram - K Pop | mStar

Gong Hyo Jin Bengang Sering Terima Komen Lucah Di Instagram

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 12:00 AM

Gong Hyo Jin

(Ubah saiz teks)

PELAKON Gong Hyo Jin mendedahkan gambar individu yang biadap menerusi akaun instagram miliknya sehingga meraih perhatian ramai pada Jumaat.

Tindakan tersebut di ambil olehnya kerana tidak tahan dengan individu yang meninggalkan komen lucah pada setiap gambar yang dikongsi.

Gong mengambil gambar screenshot akaun individu tersebut bersama kenyataan "saya akan mencari kamu".

Semua pengikut akaun instagram miliknya bersetuju dengan tindakan tersebut dan menyifatkan perbuatan komen lucah itu melampau.

Dalam perkembangan lain, Gong kini membintangi drama terbaru KBS iaitu Producer.

Tags / Kata Kunci: Gong Hyo Jin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan