Kim Woo Joo Dihukum Penjara Elak Sertai Kerahan Tenaga

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Kim Woo Joo dijatuhi hukuman penjara selama setahun kerana tindakannya mengelak daripada menyertai latihan kerahan tenaga, suatu aktiviti wajib bagi lelaki di Korea Selatan.

Kim didakwa kerana telah menolak 42 kali panggilan untuk menyertai khidmat ketenteraan tersebut sejak Mac 2012 sehingga Mei 2014.

Keputusan tersebut dibuat oleh hakim Jo Jung Rae di Pusat Pengadilan Seoul pada Selasa.

"Dia berbohong dengan tujuan untuk mengelak daripada menyertai khidmat ketenteraan," kata hakim tersebut.

Kim juga didakwa menipu dengan memberi alasan dan berpura-pura mengalami gangguan jiwa selepas terlihat hantu lapan tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Kim Woo Joo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan