Seohyun Dedah Rahsia Cantik - K Pop | mStar

Seohyun Dedah Rahsia Cantik

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 12:30 AM

Seohyun

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang ahli kumpulan Girls Generation, Seohyun mendedahkan rahsia bentuk badannya yang semakin ramping dan cantik.

Anggota termuda dalam kumpulan itu memberitahu dia kerap ke gimnasium disamping mengamalkan makanan yang sihat setiap hari.

"Saya membuat jadual yang teratur untuk ke gimnasium dan turut mencuba latihan pilates sejak beberapa bulan lalu," katanya kepada media.

Selain itu, Seohyun juga memaklumkan dia mengawal pemakanan dan mengelak dari mengambil makanan ringan.

Kini penampilannya lebih cantik serta mempunyai susuk tubuh menawan dilihat berbeza dengan saat kemunculannya dalam Girls Generation di suatu ketika dahulu. 

Tags / Kata Kunci: Seohyun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan