Exo Masih Sebuah Kumpulan Hebat

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2015 12:30 AM

exo korea
(Ubah saiz teks)

KUMPULAN Exo dilaporkan masih hebat walaupun selepas kehilangan dua orang ahlinya baru-baru ini.

Soompi melaporkan, kumpulan Exo tetap diterima oleh peminat dan mereka masih terus mengadakan persembahan meskipun kehilangan dua orang ahli.

"Kumpulan ini masih kuat untuk terus bersama memperjuangkan kumpulan ini dan menganggap ia merupakan cabaran yang harus dihadapi," kata salah seorang ahli kumpulan Exo, Lay.

Lay berkata, meskipun Kris dan Luhan telah keluar daripada kumpulan itu namun mereka masih mempunyai hubungan baik diantara satu sama lain.

Terdahulu kumpulan Exo mencipta sejarah apabila single terbaharu mereka berjudul Call Me Baby yang dilancarkan pada bulan ini mencapai 10 juta tontonan dalam masa dua hari di YouTube.   

Tags / Kata Kunci: Exo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan