Kim Bum dan Yoon So Yi Belajar Seni Mempertahankan Diri - K Pop | mStar

Kim Bum dan Yoon So Yi Belajar Seni Mempertahankan Diri

Diterbitkan: Isnin, 20 April 2015 12:00 AM

Kim Bum dan Yoon So Yi bakal terlibat dalam drama baharu, Hidden Identity.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Korea, Kim Bum dan Yoon So Yi sedang menjalani sesi latihan di sekolah lagak aksi dan mempertahankan diri bagi menjayakan drama Hidden Identity.

Mereka berdua yang berperanan sebagai detektif perlu melakonkan pelbagai aksi profesional untuk menghidupkan lagi watak yang diberi.

"Saya bekerja keras di sekolah latihan ini untuk membuat persedian sebelum pengambaran bermula.

Yoon So Yi bersemangat ketika menjalani latihan mempertahankan diri.

"Pelatih khas telah dilantik dan bukan sahaja teknik mempertahankan diri yang diajar malah kami dilatih dengan pelbagai jenis aksi," katan Kim kepada media.

Walaupun latihan yang disediakan agak sukar namun dia dilihat masih gagah dan terus bersemangat.

Drama Hidden Identity akan ditayang pada Jun ini dengan gandingan Park Sun Woong dan Lee Won Jong.  
Tags / Kata Kunci: Kim Bum , Yoon So

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan