Leeteuk (Super Junior) Kumpul Bukti Keluarga Dicerca

Diterbitkan: Khamis, 16 April 2015 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

KETUA kumpulan Super Junior iaitu Leeteuk bakal mengambil tindakan kepada pengguna Internet yang menabur fitnah serta memberi komen negatif mengenai kehidupan peribadi dan keluarganya.

Leetuk, menerusi akaun Twitternya memberitahu sedang mengumpul beberapa bahan bukti tentang perkara tersebut untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Saya sedang mengumpul data dan semua maklumat yang tidak benar yang ditulis dilaman sosial tentang diri saya dan keluarga," tulisnya.

Malah Leeteuk turut meminta kerjasama peminatnya untuk membantu mengumpul maklumat tersebut dan menyertakan e-mel peribadi kepada umum.

"Saya sangat berterima kasih jika anda boleh membantu saya untuk mengumpul maklumat ini. Tolong hantar kepada email special1004@naver.com," tulisnya.

Leeteuk dilihat mengambil serius hal berkaitan privasi keluarga daripada cercaan pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.
Tags / Kata Kunci: Leeteuk , Super Junior

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan