Suzy (Miss A) Elak Pakai Kasut Tumit Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 4:00 AM

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Miss A, Suzy mengelak memakai kasut tumit tinggi dalam semua acara pentas yang bakal berlangsung buat seketika ini.

Tindakan itu diambil kerana dia mengalami kecederaan pada kaki dan dia dinasihatkan supaya tidak memakai kasut tumit tinggi untuk sementara waktu.

Penampilannya bersama kasut tumit rata dilihat sewaktu di Music Bank dan M! Countdown sehingga menjadi tanda tanya peminat sama ada dia sengaja tidak mengenakan kasut tumit tinggi atau sebaliknya.

Persoalan terjawab apabila Suzy mendedahkan hal tersebut kepada media dan memberitahu kecederaan tersebut tidak terlalu serius kerana dia masih mampu menari di pentas tetapi perlu berhati-hati.

Bagaimanapun, tiga lagi anggota Miss A iaitu Fei, Jia dan Min masih anggun bersama kasut tumit tinggi yang digayakan.
Tags / Kata Kunci: Suzy Miss A

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan