Park Shin Hye Dipuji Kerana Kapsyen Gambar Berbahasa Inggeris

Diterbitkan: Khamis, 9 April 2015 12:31 AM

Park Shin Hye menjadi perhatian kerana menggunakan bahasa Inggeris dalam akaun Instagramnya.

(Ubah saiz teks)

AKAUN Instagram milik Park Shin Hye menjadi perhatian selepas pelakon itu memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen dalam Bahasa Inggeris.

Soompi melaporkan rata-rata peminat wanita itu tidak menyangka dia mampu menulis dalam bahasa tersebut dengan baik kerana Shin Hye sering menggunakan bahasa Korea dalam penulisannya di laman sosial.

"Saya tidak menyangka Shin Hye sebenarnya pandai berbahasa Inggeris," kata salah seorang peminatnya.

Perkara itu menjadi perbualan peminatnya kerana masyarakat Korea rata-rata tidak pandai berbahasa Inggeris kerana lebih berbangga dengan bahasa ibunda mereka dan tulisan hangul.

Menerusi gambar tersebut, Shin Hye menggunakan bahasa Inggeris untuk berkongsi mengenai hobi terbaharunya iaitu sukan berkuda.

Dalam pada itu, peminat daripada negara lain seperti Hong Kong, Singapura menyambut baik perkembangan itu dan berharap Shin Hye lebih kerap menggunakan bahasa Inggeris bagi memudahkan mereka memahami apa yang cuba disampikannya menerusi laman sosial.


Tags / Kata Kunci: Park Shin Hye.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan