Lee Jung Suk Beri Hadiah Pada Mangsa Feri Sewol

Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 12:30 AM

Lee Jung Suk

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Jong Suk memberikan hadiah kepada keluarga salah seorang mangsa kejadian Feri Sewol karam pada 16 April tahun lalu yang juga merupakan peminatnya.

Peminat yang bernama Kwon Ji Hye sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 pada 2 April lalu, namun meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Perkara tersebut diberitahu sendiri oleh ibu mangsa menerusi akaun Instagramnya dan merakamkan ucapan terima kasih kepada aktor tersebut.

"Kepada Ji Hye, saya secara tulus mengucapkan selamat ulang tahun ke-19 dengan segenap hati saya. Saya harap kamu tenang di sana, love, Lee Jung Suk," tulis Jung Suk pada kad ucapan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Lee Jung Suk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan