Doktor Tegah Leeteuk (Suju) Lakukan Pembedahan Plastik

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mac 2015 12:00 AM

Leeteuk ditegah daripada melakukan pembedahan plastik.

(Ubah saiz teks)

ANGGOTA kumpulan Super Junior, Leeteuk ditegah daripada melakukan pembedahan plastik selepas dia menyatakan hasrat untuk melakukan beberapa perubahan pada wajah.

Soompi melaporkan, seorang doktor melarangnya daripada melakukan perkara itu ketika dia mendapatkan khidmat nasihat berhubung perkara itu.

"Saya pernah berjumpa doktor untuk melakukan pembedahan plastik tetapi di tegah untuk melakukanya kerana pembedahan plastik hanya untuk memperbaiki dan bukan mengubah bentuk asal muka," katanya.

Sementara itu, Leeteuk menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak melakukan pembedahan plastik jika tidak perlu.

Leeteuk menceritakan pengalaman ketika mengacara rancangan White Swan bersama Lee Seung Yeon yang membincangkan tentang pembedahan plastik.

Tags / Kata Kunci: Leeteuk.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan