Bob Girls Dibubar Kerana Radang Otak Seorang Ahli Kumpulan - K Pop | mStar

Bob Girls Dibubar Kerana Radang Otak Seorang Ahli Kumpulan

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 12:01 AM

Bob Girls

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN muzik wanita Bob Girls secara rasmi dibubarkan akibat masalah kesihatan salah seorang ahli kumpulan itu yang disahkan menghidapi radang otak.

Ahli kumpulan tersebut iaitu Jina disahkan menghidap penyakit tersebut selepas mereka melancarkan single pertama iaitu berjudul No Way pada Jun 2014.

Penyakit itu dikesan apabila terdapat pembengkakan di otak Jina akibat jangkitan kuman.

Biarpun dianggap masih belum berada di tahap bahaya, namun kegiatan seni yang padat akan menjejaskan kesihatan wanita itu.

Pihak pengurusan mereka iaitu Chrome Entertainment mengumumkan perkara itu pada Selasa lalu dan tiga anggota lain iaitu Yoojung, Dahye dan Danbi memilih untuk menukar haluan kerjaya mereka.
Tags / Kata Kunci: Bob Girls
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan