In Ho Jin Berjaya Tangkap Pesalah Langgar Lari

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 12:10 AM

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang ahli kumpulan Sweet Sorrow, In Ho Jin berjaya menangkap seorang penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dengan kejadian langgar lari baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku selepas penggambaran MBC I Am a Singer pada malam Khamis lalu ketika In Ho Jin bersama pengurusnya sedang melintasi sebuah jalan di Seoul.

Lantas, mereka terlihat seseorang yang dikehendaki polis kerana jenayah langar lari sedang menyeberangi jalan tersebut.

Pengurusnya, segera membuat pusingan untuk mengejar lelaki yang dikenali sebgaia Kwon itu. Mereka turun daripada kereta dan menangkap lelaki itu untuk diserahkan kepada pihak polis.

"Mereka berjaya menangkap lelaki itu. Syukur mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," ujar pengurus kumpulan Sweer Sorrow.

Lelaki tersebut terlibat dengan kemalangan melanggar pasangan suami isteri berusia 50 tahun yang kini mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.
Tags / Kata Kunci: In Ho Jin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan