Lee Seung Gi Mahu Dipandang Serius Sebagai Pelakon

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 12:00 AM

Lee Seung Gi lebih selektif terhadap tawaran yang diberikan kepadanya.

(Ubah saiz teks)

LEE Seung Gi mengakui dia kini lebih bersikap selektif terhadap tawaran lakonan yang diberikan kepadanya kerana mahu dipandang serius sebagai pelakon.

Soompi melaporkan, Seung Gi, 30, mahu melakonkan watak yang mampu memberikan kepuasan kepadanya selain impak kepada penonton.

"Sepanjang 10 tahun lalu saya sudah puas melakonkan pelbagai watak yang diberikan kepada saya biarpun ia tidak mendatangkan kepuasan sebagai pelakon.

"Kini sudah tiba masanya saya bersikap selektif dalam projek yang diberikan kepada saya," katanya.

Jelasnya lagi, pada usianya sekarang dia turut mula merasai kesan kerja kerasnya sepanjang 10 tahun lalu dan ingin lebih meluangkan banyak masa dengan berehat. 

"Dulu saya aktif dan kini ia mula memberi kesan kepada stamina saya sebagai pelakon," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Lee Seung Gi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan