Lee Min Ho & Kim Soo Hyun Sangkal Terima Bayaran Mahal Di China

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 12:02 AM

Pihak pengurusan Lee Min Ho dan Kim Soo Hyun sangkal dakwaan kononnya mereka berdua artis Korea mendapat bayaran tertinggi di China.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Lee Min Ho dan Kim Soo Hyun dilaporkan menjadi artis Korea yang menerima bayaran termahal sekiranya membuat kemunculan di China.

Pihak agensi kedua-dua selebriti itu bagaimanapun menangkis dakwaan berkenaan dan menjelaskan pihak mereka tidak pernah mendedahkan jumlah bayaran diterima artis mereka kepada umum.

"Kononnya Soo Hyun menerima bayaran tinggi hanya untuk membuat kemunculan di China adalah tidak benar dan bukan daripada fakta sebenar. Malah kami di pihak agensi tidak pernah mendedahkan sebarang angka kepada umum," kata wakil KeyEast Entertainment yang mewakili Soo Hyun seperti dilaporkan Soompi.

Manakala syarikat pengurusan Min Ho, Starhaus Entertainment memberitahu bayaran artis mereka tidak melihat bayaran sebagai soal utama kerana paling penting dapat muncul dalam program yang bagus dan dapat memberikan impak kepada kerjayanya.

"Banyak tawaran yang luar biasa tetapi Min Ho sangat memilih projek yang ditawarkan kepadanya dan dakwaan dia menerima bayaran termahal tidak benar," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho , Kim Soo Hyun.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan