Miss A Bersikap Dingin Terhadap Suzy - K Pop | mStar

Miss A Bersikap Dingin Terhadap Suzy

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 12:00 AM

Hubungan Suzy dengan anggota kumpulan Miss A dikatakan dingin.

(Ubah saiz teks)

PENANGGUHAN pelancaran album kumpulan Miss A akhirnya terungkap apabila kesemua anggotanya dilaporkan bersikap dingin terhadap vokalisnya, Suzy.

Soompi melaporkan ketiadaan Suzy pada majlis sambutan hari jadi salah seorang ahli Miss A iaitu Jia baru-baru ini telah membongkar hubungan sebenar mereka yang dikatakan berantakan.

Hal itu dikatakan berpunca daripada sikap cemburu ahli lain terhadap Suzy yang berjaya dengan karier solonya dan mula bersikap memulaukan penyanyi itu.

"Semasa diawal kemunculan mereka Suzy dan anggota lain sangat rapat dan sering memuat naik foto bersama di laman sosial namun selepas dia berjaya dengan karier solonya keadaan itu mula berubah.

"Jelas ketiadaan Suzy pada majlis hari jadi Jia bukti hubungan mereka renggang dan pada acara tersebut semua ahli lain hadir," kata sumber.

Malah kata sumber itu lagi, kesemua ahli Miss A tidak lagi mengikut profil laman sosial Weibo milik Suzy selain tidak memberikan sebarang ucapan hari jadi kepada Jia.

Tags / Kata Kunci: Miss A , Suzy.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan