Kim Tae Hee Kurang Senang Foto Zaman Sekolah Tersebar

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 12:10 AM

Kim Tae Hee.

(Ubah saiz teks)

PROGRAM hiburan Let's Go baru-baru ini telah mendedahkan wajah pelakon Kim Tae Hee semasa zaman persekolahan untuk dikongsi dengan penonton rancangan itu.

Soompi melaporkan dua pengacara jemputan program berkenaan iaitu Hong Jin Ho dan Lee Doo Hee berjaya mendapatkan gambar tersebut sebelum menyebarkannya tanpa kebenaran Tae Hee.

Akibat tindakan mereka, Tae Hee dikatakan kurang senang dengan pendedahan itu sekali gus meminta pihak tersebut meminta maaf kepadanya.

Bagaimanapun Jin Ho dan Doo Hee memberitahu mereka sudah menghubungi Tae Hee untuk meminta maaf namun pelakon wanita itu tidak menjawab panggilan yang dibuat.

Artis Korea terkenal dengan pembedahan plastik yang sesetengahnya berjaya mengubah keseluruhan raut wajah mereka.

Tags / Kata Kunci: Kim Tae Hee.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan