Taeyeon (EXO) & Baekhyun (Girls Generation) Sorok Percintaan

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 12:02 AM

Baekhyun dan Taeyeon dikatakan kembali menjalinkan hubungan cinta.

(Ubah saiz teks)

SEJAK tersebarnya gosip Taeyeon (Girls Generation) dan Baekhyun (EXO) bercinta, kedua-dua artis terkenal itu tidak lagi dilihat menghabiskan masa bersama-sama.

Malah dalam satu laporan menyebut pasangan itu mengelak untuk digandingkan dalam mana-mana acara kerana tidak mahu gosip berkenaan terus diperkatakan.

Menurut laporan Koreaboo, pasangan itu baru-baru ini dilihat berdua-duaan di sebuah kafe untuk membeli minuman.

Taeyeon juga memakai pakaian hitam yang menutup wajahnya untuk mengelak daripada dikenali dan gambarnya diambil peminat.

Bagaimanapun peminat yakin wanita bersama Baekhyun adalah Taeyeon berdasarkan kereta mewah jenis Mercedes Benz 55AMG miliknya yang diletakkan di luar kafe tersebut.

Syarikat pengurusan artis itu enggan mengulas mengenai perkara itu ketika diminta mengesahkan tentang hubungan sebenar pasangan berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan