Lee Min Ho Burukkan Wajah Untuk Watak Jahat - K Pop | mStar

Lee Min Ho Burukkan Wajah Untuk Watak Jahat

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AKTOR kacak Lee Min Ho memberitahu terpaksa berusaha lebih keras untuk membawakan watak sebagai seorang penjahat dalam filem terbaharunya berjudul Gangnam 1970.

Min Ho berkata, dia akan memastikan wajahnya menjadi buruk untuk membawa watak tersebut berikutan pengarah filem itu masih tidak mempercayai bahawa dia mampu membawa watak tersebut kerana wajah yang tampan.

"Pengarah sering memberitahu bahawa wajah saya terlalu tampan untuk membawakam watak ini biarpun lokasi tersebut di tempat yang buruk.

"Perkara itu membuatkan saya sentiasa berfikir untuk memburukkan wajah saya buat sementara agar sesuai dengan watak ini," ujarnya.

Tambah Min Ho, disebabkan perkara itu, dia tidak memakai pelembab sepanjang pengambaran dilakukan yang menyebabkan wajahnya menjadi kusam dan tidak sihat.
Tags / Kata Kunci: Lee Min Ho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan