Kim Soo Hyun Ternganga Lihat Kecantikan Angelababy

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 5:50 PM

Kim Soo Hyun (kanan) dan Angelababy.

(Ubah saiz teks)

AKTOR terkenal yang menjadi pujaan wanita Korea, Kim Soo Hyun memberitahu dia mengagumi model dari Hong Kong iaitu Angelababy.

Mereka yang pernah bekerjasama untuk sebuah produk pakaian itu sering menghadirkan diri dalam acara hiburan bersama-sama.

Ketika ditanya tentang pandangannya terhadap wanita itu, Soo Hyun mengakui terpesona dengan kecantikan yang dimiliki Angelababy.

"Ketika pertama kali memandangnya saya tidak mampu mengalihkan pandangan. Saya menyedari erti sebenar kecantikan sehingga membuat saya ternganga memandang dia," ujarnya.

Sementara itu, Angelababy sendiri mengakui selesa bekerjasama dengan lelaki itu.

Malah dia berkata, ramai rakan-rakannya yang cemburu kerana dapat bekerjasama dengan aktor popular Korea itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan