Khabar Angin Taeyang & Min Min Hyorin Jalinkan Hubungan Tersebar

Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 12:01 AM

Taeyang (kiri) dan Min Hyorin. - Foto: koreaboo.com

(Ubah saiz teks)

KHABAR angin terbaharu bertiup kencang bagi peminat bintang Kpop apabila anggota kumpulan Bigbang iaitu Taeyang menjalinkan hubungan dengan aktres Min Hyorin.

Beberapa saksi dikatakan melihat sendiri pasangan berkenaan keluar dating walaupun mereka cuba menafikannya.

Khabar angin percintaan mereka sebenarnya bukanlah baru pertama kali sebaliknya bermula pada tahun 2013 apabila Min Hyorin terlibat dalam penggambaran klip video Teayang untuk lagunya I Am.

Kemudiannya pada Disember 2013, ada pihak mendakwa Teayang bersama wanita itu dilihat di sebuah acara selain turut bersama dalam percutian di Pulau Jeju bagi meraikan tahun baharu. – koreaboo.com

Tags / Kata Kunci: Teayang , Min Hyorin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan