Kerjaya CL (2NE1) Disebut Bakal Menyinar Di Amerika Syarikat

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 12:00 AM

Media di Amerika Syarikat meramalkan kerjaya CL bakal menyinar pada 2015.

(Ubah saiz teks)

NAMA penyanyi rap CL (2NE1) disebut-sebut sebagai artis yang bakal menyinar dalam industri muzik antarabangsa pada tahun ini.

Soompi melaporkan program seperti VHI, Fuse TV yang berpangkalan di Amerika Syarikat meramalkan karier nyanyian penyanyi Korea Selatan itu akan mendapat perhatian peminat.

"CL adalah 15 penyanyi rap wanita yang perlu diberi perhatian pada tahun ini kerana keunikan dan semangatnya terhadap muzik diperjuangkan," komen VHI terhadapnya.

Malah penyanyi rap terkenal lain seperti M.I.A., Diplo dan Skrillex memuji CL dan yakin namanya akan menyinar sebagai penyanyi rap wanita.

CL atau nama sebenarnya Lee Chaerin, 24, bakal tampil dengan album solo antarabangsa pertamanya yang dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun ini.

Penyanyi itu dilaporkan berkolaborasi dengan penerbit terkenal, Scooter Braun untuk album tersebut dan lelaki itu pernah menerbitkan album bintang terkenal seperti Justin Bieber, Ariana Grande dan Psy.

Tambah membanggakan, CL turut mendapat pendedahan dalam majalah terkenal seperti Rolling Stones, Billboard, Dazed & Confused dan MTV IGGY yang rata-rata kagum dengan bakatnya.

Tags / Kata Kunci: CL , 2NE1.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan