Jun Ji Hyun Hadir Ke Majlis Anugerah Buat Selepas 15 Tahun

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 12:01 AM

Ji Hyun hadir ke Anugerah SBS Drama 2014 selepas 15 tahun tidak muncul pada mana-mana acara seumpama itu.

(Ubah saiz teks)

AKTRES terkenal Jun Ji Hyun akhirnya tampil pada acara Anugerah SBS Drama 2014 yang berlangsung pada 31 Disember lalu selepas 15 tahun tidak menghadiri mana-mana majlis hiburan.

Soompi melaporkan Ji Hyun sanggup menunda jadual penggambarannya semata-mata ingin menghadiri acara berkenaan dan kehadirannya di karpet merah membuatkan peminat teruja.

Sumber pelakon terkenal itu memberitahu Ji Hyun bersetuju untuk membuat kemunculan tersebut kerana ingin berterima kasih kepada semua peminat terhadap sokongan mereka.

Kali terakhir Ji Hyun muncul pada majlis anugerah adalah pada tahun 1999 dan ketika itu dia mendapat trofi Pelakon Baru Terbaik menerusi lakonannya dalam drama bersiri Happy Together.

Nama Ji Hyun kembali memuncak selepas drama lakonannya Man From The Star mendapat sambutan luar biasa peminat.

Tags / Kata Kunci: Jun Ji Hyun , Man For The Star.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan