Sohee Dapat Sokongan Wonder Girls - K Pop | mStar

Sohee Dapat Sokongan Wonder Girls

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUDAH hampir setahun Sohee keluar daripada kumpulan popular Wonder Girls. Namun perkara itu tidak membataskan dirinya untuk terus berhubung dengan anggota kumpulan lain.

Sohee yang kini aktif dalam bidang lakonan memberitahu dia sentiasa mendapat sokongan daripada kumpulan itu walaupun mereka tidak bersama.

"Mereka yang pertama menghubungi saya dan memberikan sokongan. Mereka juga tidak sabar untuk menonton drama ini dan melihat perkembangan lakonan saya," katanya.

Tambah Sohee, dia berharap kerjayanya dalma bidang lakonan lebih cerah dan panjang, biarpun rezeki dalam nyanyian hanya sementara.
Tags / Kata Kunci: Sohee

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan