Jessica (Girls Generation) Beli Barangan Bayi

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 12:00 AM

Gambar Tyler dan Jessica yang dirakamkan oleh peminat ketika sedang membeli barangan bayi.

(Ubah saiz teks)

NAMA pasangan Tyler Kwon dan Jessica (Girls Generation) kembali menjadi perhatian peminat apabila mereka dilaporkan membeli barangan kelengkapan bayi di sebuah pusat membeli belah di Hong Kong pada minggu lalu.

Soompi melaporkan peminat yang terserempak dengan pasangan itu sempat merakamkan gambar mereka sedang memilih barangan bayi dan spekulasi mengenai kemungkinan Jessica berbadan dua mula tersebar luas.

Jessica yang kini menetap di Hong Kong selepas mengundurkan diri daripada kumpulan Girls Generation sebelum ini enggan mengesahkan hubungannya dengan Tyler.

Tags / Kata Kunci: Jessica , Tyler Kwon.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan