EXO Ungguli Jualan Album Terlaris 2014 - K Pop | mStar

EXO Ungguli Jualan Album Terlaris 2014

Diterbitkan: Ahad, 14 Disember 2014 12:00 AM

exo korea
(Ubah saiz teks)

KUMPULAN EXO mengungguli senarai album paling laris penjualannya menerusi album berjudul Overdose yang diumumkan oleh laman web Hanteo.

Overdose mencatatkan jualan keseluruhan 406.562 daripada ia dilancarkan Mei lalu.

Secara terperinci album Overdose versi Korea berjaya dijual sebanyak 231.986, manakala versi Mandarin sebanyak 174.576.

Selain itu, kumpulan XOXO menerusi album Growl dan Wolf menduduki tempat kedua. Manakala TVXQ menduduki tempat ketiga dengan album berjudul Tense dengan jualan sebanyak 159.899.

Sementara itu, Super Junior hanya menduduki tempat keempat dengan album Mamacita dengan jumlah 127.445.
Tags / Kata Kunci: EXO

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan