Park Kwang Hyun Berkahwin Selepas Enam Bulan Bercinta

Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 12:05 AM

Park Kwang Hyung dan isterinya pada majlis perkahwinan mereka yang berlangsung pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Park Kwang Hyun dilaporkan selamat mendirikan rumah tangga dengan teman wanitanya dalam satu majlis tertutup pada Ahad lalu hanya selepas enam bulan menjalinkan hubungan cinta.

Allkpop melaporkan Kwang Hyun, 37, melamar wanita berkenaan ketika mereka bercuti ke Eropah baru-baru ini.

Bagaimanapun identiti isteri pelakon drama bersiri Cheongdamdong Alice tidak didedahkan kepada umum.

Berita perkahwinan Kwang Hyun itu turut disahkan oleh syarikat pengurusannya iaitu FNC Entertainment dalam satu kenyataan namun tidak memberikan butiran lanjut berhubung perkara itu.

"Dia senang dengan sikap isterinya yang mempunyai personaliti menarik dan sangat mengambil berat tentang dirinya. Malah minat mereka dalam sukan turut membuatkan Kwang Hyun terpikat," kata wakil pelakon itu.

Kwang Hyun dilaporkan berkenalan dengan isterinya itu menerusi seorang kenalan sebelum serius bercinta pada Julai lalu.

Tags / Kata Kunci: Park Kwang Hyun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan