YouTube Tingkatkan Sistem Kiraan Kerana 'Gangnam Style' Ditonton Lebih 2.1 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 12:06 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI laman web YouTube terpaksa mempertingkatkan sistem kiraanya gara-gara video muzik Gangnam Style yang dinyanyikan oleh PSY menjadi video paling banyak ditonton.

Video tersebut ditonton melebihi batas maksimum kiraan laman web tersebut.

"Kami tidak pernah terfikir bahawa sebuah video akan ditonton melebihi 32-bit (lebih 2.1 bilion) sebelum ini.

"Disebabkan video muzik Gangnam Style yang ditonton berkali-kali, pihak kami terpaksa menambah baik sistem kiraan bagi mengukur jumlah tontonan di YouTube," ujarnya pihak berkenaan dalam satu kenyataan yang dipetik Koreaboo.

Hingga berita ini ditulis pada Selasa, tontonanGangnam Style  mencecah lebih 2.1 bilion tontonan.

Tags / Kata Kunci: psy , gangnam style

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan