G-Dragon Enggan Ulas Hubungan Cinta Dengan Model Jepun - K Pop | mStar

G-Dragon Enggan Ulas Hubungan Cinta Dengan Model Jepun

Diterbitkan: Khamis, 27 November 2014 12:10 AM

(Ubah saiz teks)

SEJAK beberapa tahun ini, peminat masih tertanya-tanya hubungan antara penyanyi G-Dragon dengan seorang model berasal dari Jepun iaitu Kiko Mizuhara.

Dalam temuramah yang dihadiri G-Dragon dan Taeyang pada Rabu, selebriti tersebut enggan menjelaskan perkara itu.

"Tiada yang boleh diberitahu tentang hubungan tersebut. Biar ia menjadi rahsia peribadi saya sahaja," ujarnya seperti dipetik Mwave.

Sebelum ini, pada Oktober lalu, beberapa keping gambar G-Dragon dan Kiko Mizuhara tersebar bersama teman-teman mereka.

Dalam foto tersebut juga kelihatan G-Dragon sedang memeluk mesra wanita tersebut yang dikatakan sebagai kekasihnya.

Sementara itu, YG Entertaiment berjanji akan memberi kenyataan tentang perkara ini dalam masa terdekat.
Tags / Kata Kunci: G-Dragon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan