Jin (Lovelyz) Dikejarkan Ke Hospital

Diterbitkan: Selasa, 25 November 2014 12:00 AM

Jin dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut.

(Ubah saiz teks)

SALAH seorang anggota kumpulan Lovelyz iaitu Jin terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengadu sakit pada bahagian perutnya ketika menghadiri sebuah acara Jumaat lalu untuk mengadakan persembahan.

Soompi melaporkan Jin dan anggota lain kumpulan itu baharu sahaja tiba di KBS Music Bank sebelum dia tiba-tiba mengadu sakit perut namun wanita itu tetap berkeras untuk meneruskan persembahan pada malam itu.

"Sebelum naik ke pentas Jin sudah mengalami sakit pada bahagian perut namun dia tetap berkeras untuk meneruskan persembahan biarpun terpaksa menahan sakit," menurut kenyataan daripada agensinya.

Bagaimanapun selepas selesai mengadakan persembahan Jin mengadu kesakitannya bertambah parah sehingga memaksa pihak pengurusannya membawanya ke hospital.

Peminat yang berada ditempat kejadian juga mengesahkan Jin kelihatan pucat dan tidak bermaya seolah-olah sedang menahan kesakitan dan bimbang sekiranya penyanyi itu rebah di atas pentas.

Hingga saat ini, pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang perkembangan terbaharu mengenai Jin.


Tags / Kata Kunci: Jin , Lovelyz.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan