Cedera Tulang Belakang, Shindong Tunda Latihan Tentera

Diterbitkan: Isnin, 24 November 2014 12:00 AM

Shindong

(Ubah saiz teks)

BARU-BARU ini ahli kumpulan Super Junior, Shindong dilaporkan akan menyertai satu latihan ketenteraan yang wajib dihadiri oleh kaum lelaki di Korea Selatan bermula 25 November ini.

Bagaimanapun menurut laporan Koreaboo, syarikat pengurusannya, SM Entertainment (SME) mengumumkan bahawa latihan itu terpaksa ditundakan atas sebab kesihatan Shindong yang tidak mengizinkan.

"Shindong mengalami kecederaan tulang belakang yang teruk ketika menjalani penggambaran dan akan menangguhkan latihan ketenteraan ke tarikh lain," kata wakil daripada SME.

Jika mengikut perancangan asal, Shindong akan meninggalkan dunia hiburan selama dua tahun dan menyambung semula kontrak bersama kumpulan Super Junior selepas tamat latihan ketenteraan tersebut.

Sementara itu, Super Junior kini sedang sibuk dengan konsert jelajah Super Show 6.

Tags / Kata Kunci: Shindong , Super Junior

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan