Rating Meningkat Gara-Gara Adegan Cium Lee Jong Suk

Diterbitkan: Sabtu, 22 November 2014 12:00 AM

Lee Jong Suk.

(Ubah saiz teks)

EKORAN adegan cium di antara pelakon Lee Jong Suk dan Park Shin Hye dalam drama bersiri Pinocchio ia berjaya menarik perhatian penonton sehingga ratingnya melonjak ditangga pertama.

Soompi melaporkan pihak SBS sebelum itu sengaja menyiarkan foto adegan tersebut sebagai promosi kepada penonton dan ternyata strategi itu berjaya menarik perhatian penonton.

Sebelum ini, Pinochhio berada di posisi kedua rating dengan 9.4 peratus tonton dan ia meningkat kepada 19.4 peratus gara-gara adegan romantis dalam episod empat drama bersiri itu.

Malah drama bersiri Mr Baek yang mengungguli rating turut menerima kesan apabila rating mereka jatuh pada minggu sama namun kembali bertakhta mengungguli cara pada minggu berikutnya. 


Tags / Kata Kunci: Lee Jong Suk , Pinochhio.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan