Lee Sungmin Edar Kad Jemputan Kahwin

Diterbitkan: Sabtu, 15 November 2014 12:05 AM

(Ubah saiz teks)

PASANGAN selebriti Lee Sungmin dan Kim Sa Eun yang bakal berkahwin pada 13 Disember depan sudah pun mengedar kad undangan perkahwinan mereka.

Kad undangan itu memaparkan gambar pasangan ini dalam pakaian seragam sekolah tradisional berwarna hitam putih.

Gambar itu menunjukkan kedua-dua selebriti ini tersenyum dengan solekan ringkas seperti dua orang remaja sekolah.

Di bahagian kanan kad undangan tersebut juga ditulis ayat: "Kami akan hidup bahagia, sila datang untuk beri restu. Lee Sungmin, Kim Sa Eun,".

Manakala, di bahagian bawah kad tersebut tertulis tarikh iaitu 13.12.2014 dan majlis diadakan di Raum iaitu sebuah lokasi pernikahan di Seoul, Korea.

Pasangan ini telah mengumumkan pernikahan mereka pada Oktober lalu selepas beberapa tahun bercinta.

Tags / Kata Kunci: Sung Min

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan