Kecoh Seo Jisoo Dikatakan Seorang Lesbian

Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS terpalit dengan kontroversi gambar bogel, ahli kumpulan Lovelyz iaitu Seo Jisoo sekali lagi menjadi topik hangat apabila dikatakan gemar menjalani hubungan songsang.

Seperti dilapor Chosun, pelayar Internet gemar mencari gambar-gambar lama penyanyi ini dan mendedahkan aktiviti lampaunya sebelum menjadi artis.

Beberapa hal yang diperkatakan ialah tentang orientasi seksualnya yang dikatakan pernah melalui percintaan sejenis dengan seorang wanita.

Beberapa gambar lama Jisoo yang tersebar di Internet menguatkan khabar angin tersebut.

Bagaimanapun, pengurusannya Woollim Entertaiment menafikan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan berita itu.
Tags / Kata Kunci: Seo Jisoo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan