Akaun Instagram Kris Dimusnahkan Penggodam

Diterbitkan: Selasa, 11 November 2014 12:05 AM

Kris

(Ubah saiz teks)

AKAUN Instagram milik bekas anggota kumpulan EXO, Kris (Wu Yifan) telah dipadam penggodam pada pagi Isnin.

Menurut laporan portal Koreaboo, rakan Kris, yang merupakan bekas pekerja syarikat pengurusan SM Entertainment, Kevin Shin berkata, akaun tersebut telah dipadam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan pihak Instagram telah menjalani siasatan tersebut.

Bagaimanapun, perkara itu sudah pun selesai dan Kris sudah boleh kembali menggunakan laman sosial tersebut menerusi akaun bernama galaxy_fanfan!.

Dalam perkembangan lain, Kris baru saja muncul dengan single lagu ciptaannya sendiri untuk dimuatkan dalam filem terbaharu lakonannya, Somewhere We Know yang bakal ditayangkan pada 14 Februari 2015.

Tags / Kata Kunci: Kris (Wu Yifan)

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan