Shindong (Super Junior) Sertai Latihan Tentera - K Pop | mStar

Shindong (Super Junior) Sertai Latihan Tentera

Diterbitkan: Khamis, 6 November 2014 12:05 AM

Shindong, ahli kumpulan Super Junior.

(Ubah saiz teks)

AHLI kumpulan Super Junior iaitu Shindong telah terpilih untuk menyertai kerahan tenaga, satu latihan ketenteraan yang wajib dihadiri oleh kaum lelaki di Korea Selatan.

Menurut portal Koreaboo, Shindong akan melaporkan diri dalam perkhidmatan itu pada 25 November ini.

Penyertaannya dalam latihan ketenteraan itu menyebabkan dia terpaksa meninggalkan hasrat untuk bersama-sama kumpulan berkenaan dalam konsert terbaharu mereka iaitu Super Show 6.

Penyanyi itu akan menjalani latihan di Kyeongki-do Euijungbu Replacement Reserve #306 selama lima minggu sebelum diserap sebagai anggota tentera sebenar untuk tempoh 21 bulan.

Kebanyakan peminat penyanyi itu meluahkan rasa sedih namun mereka berharap agar Shindong dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada negaranya.


Tags / Kata Kunci: Shindong , Super Junior

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan